Indeks Prestasi Alam Sekitar

Indeks Prestasi Alam Sekitar,(Bahasa Inggeris: Environmental Performance Index atau EPI) ialah sebuah indeks yang mengkuantifikasi dan mengukur prestasi alam sekitar sesebuah negara. Indeks ini telah diperkenalkan dan dibangunkan sejak 2006 oleh Universiti Yale di bawah Pusat Sains Maklumat Sains Bumi Antarabangsa dengan kerjasama Forum Ekonomi Dunia dan Pusat Penyelidikan Bersama Suruhanjaya Eropah. Indeks ini biasanya digunakan untuk menilai prestasi kecekapan sektor (seperti pengangkutan, bangunan, tenaga), pelaburan, inovasi dalam teknologi hijau dan peranan negara dalam isu pemanasan global.


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Tubidy